Jack Miller Sah Sertai Ducati Musim 2021

Sumber: JackMiller43

Ducati Corse mengumumkan Jack Miller sebagai pelumba pasukan MotoGP Ducati bagi musim 2021.

Ducati dan Miller telah pun mencapai persetujuan tersebut dengan opsyen untuk melanjutkan kontrak sehingga 2022.

Miller meluahkan rasa bangga atas peluang yang diberikan.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Paolo Campinoti, Francesco Guidottti dan seluruh pasukan Pramac Racing atas sokongan yang diberikan kepada saya dalam tempoh dua tahun setengah ini.

“Adalah satu kebanggaan dapat meneruskan karier dalam MotoGP bersama Borgo Panigale jadi saya ingin ucap terima kasih kepada Claudio, Gigi, Paolo and Davide kerana memberi kepercayaan kepada saya.

“Saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan tahun ini dan kemudian meneruskan komitmen baharu sebagai rider Ducati pada 2021,” jelasnya.

Miller membuat penampilan sulung di MotoGP pada 2015 di usia 20 tahun sebelum sertai Pramac Racing (pasukan satelit Ducati) tiga tahun kemudian.

Dia menamatkan musim 2019 di kedudukan kelapan keseluruhan setelah merekodkan lima podium pada tahun sama.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]