BMW S 1000 RR Mendarat Di Malaysia – RM116,500!

Jentera superbike terulung BMW Motorrad, BMW S 1000 RR serba baharu akhirnya mendarat di Malaysia.

Mengekalkan rekaan ikonik seperti yang ditawarkan varian pakej M Sport tahun lalu, BMW S 1000 RR ini menawarkan inovasi enjin terbaru termasuk penggunaan Flex Frame.

Model baharu ini dikusakan dengan enjin 4-silinder sebaris dengan sesaran 999cc yang menghasilkan 207hp pada 13,500rpm dan mampu mencapai kelajuan maksima lebih 200km/j.

BMW S 1000 RR terbaru ini turut menawarkan tork yang lebih tinggi (113Nm pada 11,000rpm).

Menariknya, model ini turut dilengkapi teknologi baharu BMW Motorrad, BWM ShiftCam Technology yang memastikan kelancaran saluran kuasa enjin ketika berada dalam RPM rendah atau tinggi.

Sementara itu, lampu depan dan belakang dilengkapi teknologi LED dengan lampu belakang menawarkan elemen kompak (nyalaan lampu brek dan isyarat bersama).

Antara ciri lain yang ditawarkan:

  • empat mod tunggangn – Rain, Road, Dynamic, Dynamic Pro
  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • ABS Pro
  • BMW Motorrad Integral ABS
  • Hill Start Control
  • Quickshifter (HP Shift Assistant Pro)
  • Steering stabiliser boleh laras

Seperti model lain dalam keluarga BMW Motorrad, S 1000 RR ini turut didatangkan dengan paparan skrin berwarna (TFT) 6.5 inci yang mudah dilihat dan dikawal menerusi Multi Controller yang terletak di bar handel kiri.

BMW S 1000 RR baharu ini boleh didapati di semua pengedar BMW Motorrad bermula hari ini, 22 Mei 2020 dengan harga RM116,500!

BMW turut menawarkan Financing Plan menerusi BMW Group Financial Services Malaysia yang membolehkan orang ramai memiliki superbike premium ini dengan hanya RM1,420 sebulan (berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh 4 tahun).

BMW S 1000 RR didatangkan dengan waranti 3 tahun termasuk Program Bantuan Tepi Jalan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply