Harley-Davidson Rancang Kurangkan Pengeluaran Motosikal

LiveWire 2018

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, Harley-Davidson (HD) telah pun berdepan pelbagai masalah susulan gagal merekodkan penjualan memberangsangkan.

Kini setelah kilang HD di Amerika Syarikat kembali beroperasi, syarikat itu merancang untuk mengurangkan kadar pengeluaran motosikal.

Bukan itu sahaja, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, HD turut akan mengurangkan model, varian dan pilihan warna.

Perancangan itu didakwa dibangkitkan sendiri pengendali baharu syarikat itu, Jochen Zeitz yang mahu menjadikan HD sebagai jenama eksklusif dalam usaha meningkatkan kembali penjualan.

Dalam penjelasan mudah, Harley-Davidson merancang menjadi eksklusif seperti Ferrari, dengan mempamerkan hanya beberapa model dan segala pembuatan motosikal akan dibuat berdasarkan tempahan.

Bagaimanapun, keputusan itu dijangka memberi kesan terhadap pengedar di AS dengan Beth Truett, pengarah pemasaran produk HD mendedahkan lebih 70 peratus pengedar di negara itu tidak akan menerima model baharu tahun ini.

Pan America

Dalam perkembangan lain, HD turut menunda pelancaran Pan America dan Bronx yang sepatutnya dilancarkan tahun ini ke 2021.- WSJ

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]