MForce Lancar SYM VF3i 185 LE ABS – 19.7hp, 17.4Nm!

Advertisements

SYM VF3i merupakan motosikal supermoped yang memiliki enjin terbesar dalam segmennya.

Bagaimanapun, bagi tahun 2020 MForce Bike Holdings – selaku pengendar tunggal jenama SYM di Malaysia -melancarkan versi yang telah dinaik taraf dengan ciri Anti-Lock Braking System (ABS).

Ini sekaligus menjadikan VF3i satu-satunya supermoped dengan kemampuan ABS di Malaysia.

Sistem ABS tersebut merangkumi cakera hadapan tunggal 250mm depan dan 200mm belakang, tayar 17 inci dengan 90/80 depan dan 120/70 di belakang.

Bukan itu sahaja, edisi terhad ini turut didatangkan badan pendikit (throttle body) 30mm lebih besar berbanding sebelum ini sekaligus menawarkan respon enjin yang lebih baik.

Manakala enjin 183cc (EURO 3) dengan penyejukan cecair itu kini menawarkan 19.7hp pada 9,000rpm dan 17.4Nm pada 7,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.

Pencahayaan juga dipertingkat dengan penggunaan Daytime Running Light (DRL) dan penggunaan lampu LED di bahagian belakang.

Speedometer turut dikemaskini dengna rekaan baharu bagi memaparkan ABS di samping penghadang angin yang baru bagi meningkatkan aerodinamik di atas jalan raya.

SYM VF3i 185 LE didatangkan dengan warna pilihan baharu ‘Hitam Matte’ dan ditawarkan pada harga RM9,338.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.