50 Peratus Diskaun Bagi Bayaran Balik Saman Bermula 18 Mei

Bagi meringankan beban orang ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50 peratus bagi bayaran saman terpilih.

Tempoh diskaun bayaran saman itu akan bermula 18 hingga 21 Mei.

Bagi memudahkan pembayaran saman selain di kaunter pembayaran saman ibu pejabat polis daerah, orang ramai boleh menyelesaikan saman secara atas talian di MyEg dan Rilek.

Sementara itu, bagi ibu pejabat PDRM di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), perkhidmatan kaunter akan dibuka dari Isnin hingga Rabu dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Manakala kaunter di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan dibuka pada Isnin, Rabu dan Ahad dari 9 pagi hingga 2 petang.

Pada masa sama, orang ramai diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.- BH

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply