CF1250J, Motosikal Paling Berkuasa Dari CFMoto – 140hp, 120Nm!

Pada Ogos tahun lalu, KTM telah menjual hak rekaan dan penghasilan enjin LC8 kepada CFMoto.

CFMoto dan KTM memiliki hubungan kerjasama yang sudah pun terjalin beberapa tahun dengan 390 Duke merupakan anak pertama dihasilkan.

Kerjasama tersebut tidak berhenti setakat itu, enjin 799cc yang terdapat pada Duke 790 turut lahir daripada kilang CFMoto di Hangzhou.

Sementara itu, enjin LC8 yang kini dibangunkan CFMoto membawa kepada penghasilan enjin 1279cc V-Twin yang didakwa menjana sekitar 140hp pada 8,500rpm dan 120Nm pada 7,000rpm!

Dikenali sebagai CF1250J, jentera tersebut kini dipasarkan khas untuk anggota polis di China.

Bagaimanapun, Bennetts melaporkan, CFMoto bakal memperkenalkan CF1250G, model yang akan dijual kepada orang awam.

Difahamkan, rekaan keseluruhan CF1250 ini tela direka oleh Kiska, syarikat rekaan yang juga mempunyai jalinan kerjasama dengan KTM.

Antara ciri menarik yang terdapat pada CF1250J adalah:

  • fork depan USD
  • paparan TFT 12.3 inci
  • lampu LED
  • penghadang angin boleh laras

Seandainya penghasilan CF1250G – untuk orang awam – direalisasikan pastinya model ini akan memberi saingan sengit terhadap jenama Jepun dan Eropah lain sedia ada. – Bennetts

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]