Yamaha Tak Cadang Hasilkan TMAX Versi ADV Seperti Honda

Advertisements
Yamaha TMAX 2020

Perseteruan Yamaha dan Honda antara yang terbesar dalam sejarah motosikal dunia jadi tidak hairanlah kedua-duanya sering bertarung untuk menampilkan jentera lain dari yang lain.

Menerusi laporan Motociclismo, Yamaha mendedahkan pihaknya tidak akan mengikut jejak seterunya dalam menghasilkan skuter jenis ADV – sepertimana yang ditawarkan Honda menerusi X-ADV 750 dan ADV 150 – meskipun terdapat permintaan tinggi dikalangan peminat dua roda.

Motosikal kacukan dua elemen berbeza seperti Honda X-ADV 750 – yang menggabungkan ciri skuter dan adventure – adalah bukti orang ramai mahukan jentera sebegini.

Honda X-ADV 750

Honda membuktikannya seawal era 70an menerusi siri model CT yang didatangkan dengan ciri tahan lasak dan tayar knobby yang membolehkan pengguna menunggang di atas permukaan tak rata.

Pemahaman itu membawa kepada lahirnya X-ADV 750, ADV 150 dan terbaru CT125 Hunter Cub yang dilancarkan dalam masa terdekat.

Meskipun mengakui X-ADV adalah idea yang baik tetapi Pengarah Pemasaran Yamaha Motor Europe, Paolo Pavesio mendedahkan mereka tidak bercadang untuk menghasilkan skuter seperti itu.

“Bukan dalam DNA kami untuk menghasilkan motosikal sepertimana yang dilakukan orang lain tetapi jelas terdapat permintaan dalam menggabungkan dua ciri dalam satu jentera.

“Ketika ini masih tiada keputusan dilakukan tetapi sekiranya ada sebarang perubahan, pastinya tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun ini,” jelasnya. – Motociclismo

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!