TVS Rancang Hasilkan Motosikal ADV 310cc

Kerjasama di antara TVS Motor Company bersama BMW Motorrad telah menghasilkan kejayaan memberangsangkan di peringkat antarabangsa menerusi G 310 GS dan G 310 R.

Kedua-dua model tersebut mengguna pakai enjin 310cc TVS yang turut ditawarkan menerusi Apache RR310 yang telah diperkenalkan hujung 2017.

Baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TVS, K. N. Radhakrishnan mendedahkan mereka merancang mengembangkan varian 310cc bersama rakan kongsi BMW.

Ketika itu, rata-rata berpendapat TVS bersama BMW mungkin memperkenalkan G 310 RR, jentera sportbike berlandaskan TVS Apache RR310.

Bagaimanapun, kini timbul khabar angin model itu mungkin merujuk kepada sebuah motosikal jenis ADV touring berlandaskan G 310 GS.

Berdasarkan imej render yang dikongsikan, motosikal tersebut memaparkan penggunaan ekzos Akrapovic, penghadang angin, rim aloi, tempat duduk tinggi, fork USD dan penyerap hentakan mono.

Sekiranya diperkenalkan, dijangka model ini mampu memberi saingan sengit terhadap model ADV lain antaranya KTM 390 Adventure, BMW G 310 GS dan Versys 250X.- GaadiWaadi

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]