Honda Bakal Lancar CBR600RR-R 2021 Di GP Thailand Tahun Depan

Honda CBR600RR-R

Pada bulan Mac lalu, Young Machine mendakwa Honda bakal menghasilkan CBR600RR-R yang diinspirasikan daripada ‘abang besar’ CBR1000RR-R.

Kini, pengeluar motosikal Jepun itu disahkan bakal memperkenalkan jentera sportbike middleweight tersebut di GP Thailand musim depan.

Sebelum ini, Honda CBR600RR dianggap sebagai antara jentera segmen 600cc yang terbaik namun Honda terpaksa menghentikan pengeluaran susulan piawaian ketat Euro 4 yang diperkenalkan pada 2017.

Difahamkan, Honda merancang untuk memperkenalkan CBR600RR-R lebih awal namun ditunda ke tahun depan susulan pandemik Covid-19.

Honda CBR1000RR-R

Menggunakan tetapan sama yang terdapat pada CBR1000RR-R, model ini didatangkan dengan lampu depan LED berkembar dengan saluran pengambilan udara berada di tengah-tengah.

Malah, CBR600RR-R ini turut akan dilengkapi dengan winglet yang diinspirasikan daripada teknologi MotoGP.

Antara ciri lain yang mungkin didapati pada CBR600RR-R:

  • paparan TFT berwarna
  • fork USD
  • mod tunggangan
  • ABS
  • IMU
  • traction control
  • launch control

Sebelum ini, Honda menawarkan CBR650R bagi pasaran dunia namun model tersebut lebih terarah kepada tunggangan jalan raya berbanding litar sepertimana yang akan ditawarkan jentera lain dalam segmennya seperti Kawasaki ZX-6R dan Yamaha R6.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]