Susulan pengumuman baharu kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), promoter Cub Prix, Safe Aim Mutual (SAM) yakin sukan itu dapat dianjurkan tahun ini.
Ini kerana, menurut pengumuman kerajaan sebarang aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan (body contact) atau pengunjung yang ramai adalah dibenarkan.
Perkara itu sekaligus membuatkan Pengarah Urusan SAM, Ron Hogg yakin Cub Prix dapat dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
“Sukan permotoran memakan belanja besar jadi keputusan untuk membatalkan penganjuran akan membawa impak negatif.
“Tetapi menerusi pengumuman baharu ini sedikit sebanyak akan kembalikan keyakinan para penaja,” jelasnya.
Penganjuran Cub Prix sepatutnya telah pun membuka tirai 14 Mac lalu namun ditunda susulan pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, Ron yakin pihaknya dapat mematuhi SOP baharu ini dalam meneruskan sukan itu.
“Keselamatan adalah faktor utama, kami mungkin akan mengurangkan jumlah kakitangan di paddock di samping mematuhi penjarakan sosial,” tambah Ron. – The Star
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!