PROTON Kembali Operasi Secara Berperingkat

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa hari ini, PROTON akan kembali memulakan operasi bermula esok (5 Mei 2020).

Operasi tersebut melibatkan pusat jualan dan servis yang akan bermula secara berperingkat dan hanya tertakluk kepada pusat yang terletak di zon kuning dan hijau sahaja.

Kilang pengeluaran di Tanjung Malim dan Shah Alam dan Pusat Kecemerlangan (COE) turut akan kembali beroperasi.

Menurut kenyataan dikeluarkan, setiap pusat yang beroperasi akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong menegaskan keselamatan pelanggan dan kakitangan sentiasa menjadi keutamaan.

“PROTON akan kembali memulakan semua aktiviti perniagaan secara berperingkat.

“Namun, kami tetap akanmengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami dan selari dengan seruan Perdana Menteri untuk menyesuaikan keadaan dengan norma baharu, kami akan memperkenalkan satu protokol khas di semua kawasan,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, layari proton.com atau hubungi khidmat pelanggan di 1-800-88-8398.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply