Hampir Semua Cawangan Toyota Dan Lexus Kembali Operasi

Pusat jualan dan servis Toyota dan Lexus yang terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kembali beroperasi hari ini.
 
Pengumuman itu dibuat UMW Toyota Motor (UMWT) yang membuka semula operasi dan premis tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut negeri masing-masing.
 
Semua cawangan akan beroperasi mengikut garis panduan yang wajib dipatuhi antaranya penjarakan sosial, sanitasi kerap serta bayaran tanpa tunai (cashless) bagi mengurangkan interaksi antara kakitangan dan pelanggan.
 
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K menegaskan pihaknya akan menggariskan SOP ketat di semua cawangan.
 
“Kami akan mengikut panduan serta SOP yang gariskan dengan ketat di semua cawangan-cawangan rasmi yang mula beroperasi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan dan juga pekerja.
 
“Diharapkan para pelanggan dapat memahami semua keperluan yang diambil ini bagi menjamin kepentingan dan keselamatan umum,”jelasnya.
 
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi 1800-8-TOYOTA (869682) atau 1-800-88-LEXUS (54987).
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply