Masalah Pad Brek, 97 Unit Ducati 1299 Superleggera Di AS Dipanggil Semula

National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat telah memanggil semula 97 unit Ducati 1299 Superleggera susulan masalah brek.

Difahamkan, masalah tersebut melibatkan pad brek mudah terhakis lantas memberi kesan terhadap daya membrek jentera.

Hakisan tersebut boleh menyebabkan bahan geseran dalam pad brek tercabut daripada plat belakang pad brek terbabit.

Berdasarkan pengumuman panggil semula yang dikemukakan Brembo – pembekal sistem brek Ducati – punca utama masalah pad brek adalah seperti berikut:

  • penumpuan Nikel yang tinggi dalam kompaun menganggu proses sinter di bahagian plat belakang lantas menjejaskan tahap efisien membrek.
  • rongga yang luas dalam kompaun memudahkan kemasukan air dan garam lantas menyebabkan pad brek lebih mudah terhakis daripada tahap maksimum.

Senario ini boleh menyebabkan pad brek tercabut daripada plat belakang ketika motosikal sedang ditunggang.

Meskipun panggilan semula ini dibuat oleh Brembo, Ducati akan memaklumkan kesemua pemilik 97 unit 1299 Superleggera bagi menggantikan keseluruhan sistem brek secara percuma bermula Jun 2020.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]