Seorang penghantar makanan telah dirompak dua lelaki yang kononnya mengalami kerosakan motosikal di tepi jalan dalam satu insiden di Lahad Datu, Sabah.
Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Assistant Commissioner Nasri Mansor.
Menurutnya, mangsa yang berusia 20 tahun sedang dalam perjalanan untuk menghantar minuman kepada pelanggan di Kampung Tabanak.
Mangsa kemudian terserempak dengan dua lelaki yang dilihat mengalami kerosakan motosikal lalu menghulur bantuan dengan menolak sehingga ke roundabout berhampiran.
Kemudian, salah seorang suspek minta untuk pinjam telefon mangsa untuk membuat panggilan sebelum rakan suspek menarik bag mangsa lalu melarikan diri.
Penghantar makanan berusia 20 tahun itu turut mengalami kecederaan di kaki susulan kejadian itu.
Sementara itu, orang ramai diminta untuk berjaga-jaga dengan pelbagai taktik yang digunakan individu tidak bertanggunjawab untuk melakukan jenayah.- NST