Brixton Bakal Memperkenalkan Jentera 1200cc

Brixton Motorcycles akan melancarkan jentera 1200cc untuk pasaran dunia.

Meskipun dihasilkan di China namun rekaan dan pembangunan model baru itu dijalankan di Krups, Austria oleh KSR Group pemilik syarikat Brixton.

Difahamkan, motosikal terbabit akan dijenamakan sebagai KSR Moto untuk pasaran Eropah.

Brixton mendedahkan jentera 1200cc buat julung kalinya di EICMA tahun dan kini hampir pasti akan dihasilkan untuk pasaran dunia.

Tatkala dunia kini berdepan pandemik Covid-19, jentera baharu ini mungkin akan dilancarkan secara atas talian.

Ketika ini masih tiada maklumat mengenai spesifikasi diguna pakai selain daripada rekaan keseluruhan tampak seakan berinspirasikan daripada Triumph Bonneville T120.

Bagaimanapun, dijangkakan model baharu dari Brixton ini menawarkan harga jauh lebih mampu milik berbanding motosikal lain dalam segmen sama.

Jenama Brixton juga tidak asing di Malaysia dengan beberapa model 150cc telah pun diperkenalkan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]