Dr Sheikh Muszaphar Shukor melakar nama selaku angkasawan pertama negara pada 2007 bagaimanapun ramai yang tidak mengetahui dia turut menjadi pemilik Restoran Rebung bersama Datuk Ismail Ahmad (Chef Ismail).
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa bermula 18 Mac lalu, Restoran Rebung tutup sebelum kembali beroperasi minggu lepas dengan menawarkan servis penghantaran makanan.
Menggunakan motosikal jenis Honda EX-5, Dr Sheikh Muszaphar membuat keputusan untuk menghantar makanan dengan sendiri kepada para pelanggan.
Dia turut memuat naik gambarnya berbaju Melayu sambil mengenakan bag penghantar makanan.
“Restoran Rebung telah kembali beroperasi minggu lalu dan saya membuat keputusan untuk menghantar makanan sendiri,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.
Restoran Rebung terkenal dengan makanan tradisional Melayu dan sempena bulan puasa, restoran tersebut menawrakan pakej Ramadan yang akan dihantar terus kepada pelanggan.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!