Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif terbuka dengan cadangan menganjurkan semula Formula 1 (F1).
Bagaimanapun, dia mengakui pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum idea itu mampu dilaksana.
“Menganjurkan semula F1 bukan keutamaan saya ketiaka ini tetapi jika peluang itu hadir dengan tawaran yang baik saya akan memberi sokongan kerana sukan F1 membawa jenama Malaysia,” jelasnya kepada Bernama.
Malaysia muncul antara negara penganjur sejak 1999 sehingga 2017 selepas F1 gagal membawa pulangan yang memberangsangkan.
Kerajaan ketika itu turut mendedahkan antara faktor utama menghentikan penganjuran adalah disebabkan kos perbelanjaan mencecah RM300 juta.
Sementara itu, dua venue baharu, GP Vietnam dan GP Belanda telah dirancang menganjurkan F1 musim ini namun ditunda susulan pandemik Covid-19.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
https://www.youtube.com/watch?v=KS1lTZ57H6w?autoplay=1