Empat Pusat Servis Modenas Kembali Beroperasi Mengikut Temu Janji

Advertisements

Pengeluar motosikal nasional, MODENAS mengumumkan operasi selepas jualan kembali beroperasi seperti biasa bagi cawangan yang terpilih.

Keputusan itu selaras dengan penyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan industri tertentu untuk kembali beroperasi.

Bagaimanapun, operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Antara Pusat Servis Modenas Terpilih yang akan kembali operasi adalah seperti berikut:

  • Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
  • Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
  • Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang

Waktu operasi adalah dua kali seminggu melibatkan hari Isnin dan Khamis sahaja dari 10 pagi hingga 3 petang.

Keempat-empat pusat servis yang dinyatakan akan mula operasi bermula 20 April ini dan akan berdasarkan temu janji yang telah ditetapkan.

Pelanggan yang berminat untuk membuat temu janji boleh layari http://bit.ly/mcobookaservice atau menghantar mesej WhatsApp ke +60195708135.

Pada masa sama, pelanggan datang untuk temu janji perlu memakai penutup muka dan mempraktikan penjarakan sosial.

Dalam perkembangan sama, Modenas Powerstore di Kota Damansara turut kembali beroperasi pada kadar minima.

Sebagai penghargaan kepada penat lelah petugas barisan hadapan, Modenas Powerstore menawarkan kos upah percuma dan diskaun 20 peratus untuk alat ganti  bagi setiap pemilik motor Pulsar NS200/RS200 dan Dominar.

Bukan itu sahaja, Modenas Powerstore turut menerima motosikal kemalangan.

Orang ramai yang berminat perlu membuat temu janji dengan menghubungi +6019-8003470!

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI