Alex Rins Setia Bersama Suzuki Hingga 2022

Advertisements

Alex Rins akan terus kekal bersama Suzuki Ecstar untuk dua musim lagi setelah menandatangani kontrak sehingga 2022.

Meskipun MotoGP musim 2020 masih terumbang-ambing susulan pandemik Covid-19 namun itu tidak menyekat Rins untuk terus setia bersama pasukannya sejak 2017.

Meskipun musim pertamanya dipalit kecederaan namun dia mula bangkit dan pamer keputusan cemerlang.

Tahun lalu, Rins berjaya menamatkan musim 2019 dikedudukan lima terbaik di samping merekodkan dua kemenangan ketika di GP Texas dan Silverstone.

“Saya sentiasa merancang untuk kekal bersama Suzuki itulah yang saya lakukan.

“Saya percaya kami memiliki projek terbaik untuk merekodkan kemenangan. Ini adalah tempat terbaik untuk saya dan saya yakin dengan kemampuan pasukan ini,” jelas pelumba berusia 24 tahun itu.

Sementara itu, Pengurus Suzuki Ecstar, Davide Brivio meluahkan rasa teruja kerana berjaya mengekalkan pelumba tonggak mereka.

“Kami sangat teruja Rins kekal sebagai pelumba pasukan ini untuk dua musim lagi. Ini bermakna Rins akan bersama kami untuk enam tahun dan kami percaya akan membawa stabiliti kepada seluruh pasukan ini,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.