Sebut Perkataan “N” Sewaktu Perlumbaan Virtual, Pelumba NASCAR Ini Dibuang Pasukan

Pelumba pasukan Chip Ganassi Racing telah menamatkan kontrak pelumba, Kyle Larson, gara-gara mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sewaktu perlumbaan virtual, Ahad lalu.

Pengumuman pemecatan pelumba itu diumumkan menerusi akaun Twitter, Chip Ganassi Racing.

“Selepas perbincangan, Chip Ganassi Racing membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pelumba Kyle Larson.

“Kenyataan dibuat Larson terlalu sensitif dan tidak boleh diterima apatah lagi bagi sebuah organisasi perlumbaan,” jelas pasukan itu.

Larson mengeluarkan perkataan berbaur perkauman itu sewaktu strim langsung perlumbaan iRacing menerus platform Twitch.

Dia didapati mengeluarkan perkataan “N***r” sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai.

Tindakan pelumba berusia 27 tahun itu turut menyaksikan beberapa penaja menarik diri antaranya McDonald’s dan Credit One Bank.

Sementara itu, Larson turut memuat naik video permohonan maaf menerusi akaun Twitter miliknya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply