Kalau dunia mengenali Khabib Nurmagomedov sebagai juara dunia UFC, dunia permotoran pula lebih mengenali Habibtullah Bin Mohd Fuad sebagai mekanik magis disebalik pasukan PETRONAS Sprinta Racing.
Lebih mesra dipanggil Habib, pemilik nama ini langsung tiada kaitan dengan kedai menjual barangan kemas wanita namun dia kekal permata utama PETRONAS Sprinta Racing di saingan Moto2™ dan Moto3™ di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP™).
Memiliki pengalaman seawal 2003 di Kejuaraan Malaysia Cub Prix dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Supersport 600cc, dia kemudiannya terlibat dalam Kejuaraan Sepanyol Moto2 (CEV) sebelum menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Racing pada 2018.
Jadi kalau anda mengharapkan tips terbaik mengenai penjagaan motosikal, siapa lagi lebih layak kalau bukan Habib?
Berikut TIGA tips penting penjagaan motosikal menurut Habib sendiri:
1.Keseimbangan
Tak kira motosikal harian atau untuk perlumbaan, keseimbangan amat penting. Kuasa jentera dan kemampuan membrek perlu seimbang bagi memastikan jentera lebih efisien di atas jalan raya.
Misalnya kalau motor dah laju tetapi sistem membrek tidak cekap maka penunggang hanya akan memperjudikan nyawa di atas jalan/litar semata-mata.
Kecekapan ini turut menyumbang terhadap kejayaan pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP.
Memahami perkara ini, PETRONAS turut menyediakan pelbagai jenis minyak enjin menerusi PETRONAS Sprinta kini dengan UltraFlex yang menjaminkan kelancaran kuasa di samping menjaga enjin supaya tahan lebih lama.
2.Tayar Wajib Dalam Keadaan Baik
Habib menegaskan tidak kira jenis bunga tayar yang digunakan apa yang penting memastikan tayar dalam keadaan baik dan tidak botak!
Tayar yang bagus dan dapat menahan cuaca panas dan kering akan memastikan cengkaman sempurna di atas jalan raya.
Tahap cengkaman yang baik memberi penunggang jaminan ketika berada di atas jalan raya, sepertimana PETRONAS Sprinta dengan Ultraflex yang mampu menahan tekanan dan suhu panas terik sekaligus memastikan prestasi enjin kekal optimum.
3. Tetapan Mengikut Keselesaan
Menurut Habib, setiap motosikal harus ditetapkan mengikut kesesuaian si penunggang. Ini bagi menjaminkan tunggangan yang lebih selesa.
Setiap penunggang menghadirkan perwatakan yang berbeza sekaligus motosikal diguna pakai harus mengikut acuan penunggang. Apatah lagi kalau menunggang dengan motosikal klac, tetapan klac amat penting supaya tidak terlalu pendek atau terlalu panjang supaya korang tidak cepat penat. Penting untuk menetapkan panjang klac antara 2 hingga 10mm!
Sementara itu, bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan motosikal dengan suntikan teknologi MotoGP, layan video penerangan berikut daripada Habib sendiri!