Rossi Akui Teruja Dengan Pengalaman Pertama E-Sports MotoGP

Valentino Rossi mengakui pengalaman pertamanya dalam perlumbaan virtual MotoGP sebagai menyeronokkan.

Pelumba berusia 41 tahun itu sepatutnya terlibat dalam aksi pertama perlumbaan virtual itu minggu lalu namun menarik diri di saat akhir.

“Perlumbaan MotoGP menggunakan PlayStation satu pengalaman pelik kerana ini perkara baharu bagi saya.

“Saya gemar bermain permainan online tetapai saya lebih kompetitif dengan perlumbaan kereta,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia kembali untuk aksi kedua dalam perlumbaan 10-lap di litar Red Bull Ring menerusi permainan MotoGP19.

Meskipun dianggap sebagai pemain paling kurang pengalaman dengan MotoGP19 apabila memulakan perlumbaan di petak terakhir (ke-10), dia berjaya memberi saingan terhadap Danilo Petrucci untuk perebutan tempat ke-6 sebelum mengalami kemalangan lantas terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-7.

Fancesco Bagnaia – yang sememangnya seorang ‘gamer’ dan kerap menghabiskan masa dengan PlayStation- muncul juara dihadapan Maverick Vinales.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]