Harley-Davidson akan membuka pusat pengedar rasmi di Johor sekaligus mencari individu berminat untuk sertai pasukan baharu yang bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan motosikal, servis selepas jualan, kewangan dan butik H-D.
Terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru dan beroperasi di bawah Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pusat berukuran 12,000 kaki persegi itu menawarkan semua model Harley-Davidson termasuk alat ganti dan aksesori rasmi.
Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd turut mengendalikan Harley-Davidson Petaling Jaya dan Pulau Pinang.
Bagi yang berminat untuk menyertai pasukan Harley-Davidson Johor, Goh Brothers Motorcycles sedang mencari calon sesuai bagi jawatan berikut:
- Sales Consultant
- Service Consultant
- Senior Technician
- Boutique Consultant
- Parts & Accessories Consultant
- Parts & Warehouse Executive
- Operations cum Admin Executive
- Finance Executive
Harley-Davidson Johor Bahru menjemput individu yang berminat untuk menghantar permohonan – menerusi email – ke [email protected].