EICMA tidak merancang untuk menunda acara tahun ini ke 2021 meskipun terdapat pengeluar motosikal yang menarik diri.
BMW dan KTM telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada acara EICMA 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 5 November ini.
Acara di Milan itu merupakan fokus utama bagi pengeluar motosikal dunia dalam menayangkan model baru dan akan datang.
Bagaimanapun, susulan pandemik Covid-19 apatah lagi dengan Itali merekodkan angka membimbangkan, dua pengeluar terbesar, KTM dan BMW membuat keputusan untuk menarik diri atas faktor keselamatan.
Meskipun penganjur EICMA kekal komited dalam meneruskan acara itu, mereka akui sedang memantau senario semasa.
Perkara itu disahkan sendiri ahli majlis EICMA dan Presiden Italian General Industrial Confederation (Confindustria), Paolo Magri.
Pada masa sama, Magri turut mempersoal keputusan BMW dan KTM untuk menarik diri terlalu awal di samping menegaskan pihaknya tidak merancang menunda EICMA ke 2021.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!