Norton Commando SportNorton ketika ini telah diletakkan bawah pengendalian administration (insolvensi) susulan kegagalan membayar hutang.
Bagaimanapun, Motorfans.com.cn melaporkan ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Garner, sempat memeterai perjanjian dengan CEO Jinlang, Wu Huacong, untuk menjual hak pemilikan dan rekaan enjin 961.
Laporan itu mendakwa perjanjian kerjasama strategik telah pun dimeterai yang bakal menyaksikan Jinlang ambil alih pengeluaran enjin dan pengedaran alat ganti kepada pemilik Norton 961 seluruh dunia.
Pada masa sama, Jinlang turut dibenarkan untuk mengeluarkan jenama sendiri menggunakan enjin tersebut.
Dakwaan ini ada asasnya tatkala Norton menghasilkan model Atlas dan Nomad menggunakan enjin 650cc menerusi kerjasama dengan Zongshen, jenama memiliki pertalian erat dengan Jinlang.
Sementara itu, Jilang mendakwa perjanjian dengan Garner tlah dilaksanakan sebelum Norton diletakkan dibawah jabatan insolvensi negara itu dan persetujuan pemilikan hak enjin 961 tiada kena mengena dengan situasi semasa.
Bagaimanapun, senario ini jelas menyokong dakwaan Garner cuba mengaut keuntungan sebaik menyedari Norton di ambang kejatuhan. – Visordown
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!