Polis Tidak Akan Berlembut Dengan Individu Ingkar PKP Fasa 2

Advertisements

Bagi memastikan pematuhan 100 peratus terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi akan menggunakan pendekatan lembut terhadap individu yang ingkar.

Amaran terbabit diutarakan sendiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mendapati masih ada yang melanggar PKP menerusi ucapan, semalam.

Kerajaan menguatkuasakan PKP bermula 18 Mac lalu sebelum Fasa 2 bermula, 1 April lalu dan akan berlanjutan sehingga 14 April dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, lebih 4,189 individu telah pun ditahan – atas kesalahan ingkar PKP – dengan 1,449 telah dikenakan tindakan mahkamah.

Semalam, empat lelaki telah dikenakan hukuman denda penjara tujuh hari dan denda RM1,000 gara-gara kantoi berkonvoi dari Cheras ke Negeri Sembilan sewaktu PKP.

Pelaksanaan PKP merupakan pendekatan terbaik dalam memastikan Covid-19 dibendung tatkala kes positif telah pun mencecah 3,116 dengan 50 kematian direkodkan – The Sun Daily

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.