Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan Ford Ranger Raptor baharu yang kini dinaik taraf dengan ciri keselamatan dan pemanduan pintar.
Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, menyifatkan Ford Ranger Raptor baharu ini sebagai trak pikap sempurna.
“Dengan penambahbaikan Ford Ranger Raptor, trak lasak yang unggul ini kini lebih ideal untuk kegunaan harian di samping menakluki laluan mencabar pada kelajuan yang menakjubkan.
“Kami yakin Ranger Raptor akan terus merevolusikan pasaran untuk para peminat trak pikap di Malaysia,” jelasnya.
Memegang status selaku pikap berprestasi tinggi dan premium, Ford Ranger Raptor kini tampil dengan pelbagai ciri baharu antaraya:
- Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki
- Forward Collision Warning
- Lane Departure Warning dan Assist
Menariknya, kesemua ciri ini merupakan julung kali diperkenalkan dalam kelasnya.
Pada masa sama, terdapat beberapa penambahbaikan tambahan yang ditawarkan termasuk port mengecas USB di cermin pandang belakang dan lampu depan projektor LED bagi pemanduan jelas di waktu malam.
Mengekalkan enjin 2.0L Bi-Turbo, Ford Ranger Raptor menawarkan 210hp dan 500Nm yang disalurkan menerusi transmisi 10-kelajuan.
Tidak cukup dengan itu, Ford Ranger Raptor turut dilengkapi penyerap hentakan FOX Racing Shox dan Terrain Management System (TMS) yang menawarkan enam mod pemanduan termasuk mod Baja.
Ford Ranger Raptor kini ditawarkan pada harga RM208,888 dan boleh didapati dengan empat warna pilihan:
- Ford Performance Blue
- Conquer Grey
- Absolute Black
- Artic White
Sementara itu, bagi memudahkan orang ramai, Sime Darby Auto ConneXion turut memperkenalkan Digital Salesperson menerusi Live Chat WhatsApp +6019-204 1200 dari 9 pagi hingga 4 petang.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!