Modenas Powerstore Dibuka Pada Kadar Minima, Servis Motosikal Mengikut Temujanji

Advertisements

Modenas Powerstore di Kota Damansara akan beroperasi pada kadar minima seperti yang termaktub dalam kenyataan Majlis Keselamatan Negara selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut kenyataan terbabit, bengkel motosikal dan kereta boleh beroperasi dalam kadar minima yang bermaksud pelanggan boleh meninggalkan motosikal dan kemudian mempraktikkan penjagaan jarak sosial (social distancing).

Untuk itu, Modenas Powerstore akan kembali beroperasi namun hanya berdasarkan temujanji sahaja.

Hanya mekanik boleh berada di dalam pusat servis sementara pelanggan perlu berada di luar dan cara pembayaran digalakkan dilakukan secara bebas tunai menerusi kad debit/kredit.

Keputusan ini sedikit sebanyak akan membantu pelanggan yang masih lagi bekerja dalam sektor essential services agar jentera mereka dapat diperbaiki atau diselenggara.

Bagi yang mahu membuat temujanji diminta untuk menghubungi/WhatsApp +60128003470.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.