Selepas 24 tahun menyepi, akhirnya MotoGP kembali ke Indonesia bagi tahun 2021.
Indonesia muncul penganjur MotoGP sebanyak dua kali pada 1996 dan 1997 sementara negara jiran Malaysia dan Thailand terus lakar nama selaku penganjur tahunan.
GP Indonesia 1996 menyaksikan Mick Doohan muncul juara sulung 500cc sementara Valentino Rossi merekodkan kemenangan di perlumbaan akhir 125cc sekaligus merangkul kejuaraan dunia pertama dalam kariernya.
Kemudian pada 1998, Argentina menggantikan Indonesia dalam kalendar MotoGP dan disebabkan beberapa isu dengan litar dan insiden ‘false start’, GP Indonesia tidak lagi berlaku sekaligus menjurus kepada 24 tahun menyepi.
Sentul sepatutnya kembali muncul selaku penganjur pada 2017 namun kegagalan menaik taraf Litar Antarabangsa Sentul menjejaskan peluang mereka.
Kini, projek baharu di Mandalika, Lombok dengan sokongan kerajaan Indonesia bakal menganjurkan MotoGP 2021.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!