Honda CBR250RR 2020 Kini 40hp, Cuba Saingi Kawasaki ZX-25R

Sumber: YoungMachine

Honda CBR250RR akan menawarkan lebih ‘horsepower’ bagi model 2020 bagi menyaingi produk baharu Kawasaki, ZX-25R.

Enjin 250cc tersebut akan mendapat kemas kini yang menyeluruh dan akan dilancarkan secara strim langsung susulan pandemik Covid-19.

Bagi 2020, CBR250RR akan menawrkan 40hp berbanding 37hp sebelum ini dan angka itu akan membawa perbezaan besar bagi jentera lightweight ini.

Sumber: YoungMachine

Bagaimanapun, dijangka masih ketinggalan di belakang ZX-25R tatkala enjin empat silinder itu menawarkan sekitar 46hp sehingga 17,000rpm – CBR250RR capai kuasa maksima pada 12,500rpm.

Kawasaki ZX-25R

Antara kemas kini lain adalah, fork depan berwarna emas, ekzos dual-barrel, slipper clutch dan quick shifter di samping tiga mod tunggangan – Comfort, Sports dan Sports+.

(SUMBER: YoungMachine)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]