Sayur Di Tanah Besar Lebih Segar, Antara Alasan Diterima Petugas Di Jambatan Pulau Pinang

Anggota polis dan tentera menerima pelbagai alasan ketika menahan kereta yang cuba menyeberangi jambatan Pulau Pinang ke tanah besar.

Dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini.

Ketika dalam PKP, orang ramai tidak boleh keluar dari rumah melainkan mempunyai alasan kukuh namun terdapat segelintir yang masih gagal mengikut arahan tersebut.

Seorang pemandu memberitahu dia hendak ke Bukit Mertajam untuk membeli sayuran segar sebelum diarahkan untuk patah balik dan membeli sayur di pulau.

Kemudian, terdapat seorang lelaki lingkungan 50an memberi alasan hendak ke tanah besar untuk tujuan makan malam dan akan balik ke pulau selepas selesai.

Pihak berkuasa turut mengarahkannya untuk patah balik di samping berkata, “Kami akan tahan sekiranya masih berdegil.”

Terdapat juga yang cuba menyeberang ke tanah besar dalam usaha mendapatkan makanan pilihan.

Lebih 100 kenderaan ditahan dalam operasi sekatan jalan yang diadakan di LebuhrayaTun Dr Lim Chong Eu bagi menyekat kenderaan yang tidak mempunyai alasan kukuh daripada menyeberangi jambatan Pulau Pinang.

Setakat semalam, 90 peratus rakyat Malaysia telah pun mematuhi PKP berbanding 60 peratus pada hari pertama.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply