RON95 Kini Hanya RM1.44 Seliter

Bermula tengah malam ini, harga RON95 kini hanya RM1.44 seliter, sekaligus menandakan penurunan 20.9 peratus berbanding minggu lepas.

Sementara itu, harga RON97 turut merekodkan penuruan mendadak dengan RM1.74 seliter berbanding RM2.10 minggu lalu.

Ini merupakan kali pertama RON95 turun bawah RM1.50 sejak 2004 – yang ketika itu masih lagi RON92 – yang mencatatkan RM1.42 seliter.

Harga diesel turut menyaksikan penurunan sebanyak 12 sen sekaligus berada pada RM1.75 seliter.

Menurut kenyataan Menteri Kewangan, penurunan tersebut berpunca daripada ketidakstabilan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply