Covid-19: 504 Sekatan Jalan Tangani Individu Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengerahkan lebih 8,600 anggota seluruh negara dalam usaha memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan.

Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, hanya 60 peratus orang awam yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.

Bagi memastikan orang ramai patuh arahan untuk berada di rumah, PDRM mengadakan sekatan jalan di seluruh negara di samping melakukan rondaan di kawasan perumahan, kedai dan pusat membeli-belah.

Menurut laporan The Star, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mahu orang ramai mengikut arahan yang telah dikuatkuasakan itu.

“Kami mengharapkan orang ramai memberi kerjasama kerana kami enggan virus itu merebak,” jelasnya.

Setakat ini, lebih 504 sekatan jalan telah pun dilaksanakan bagi menjalankan semakan dan memberitahu orang awam untuk berada di rumah.

Pada masa sama, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan bahawa jika senario bertambah runcing, pihaknya akan membuat penahan terhadap individu yang ingkar perintah tersebut.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply