Perintah Kawalan Pergerakan: Bengkel Kenderaan Boleh Beroperasi Tetapi…

Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa hari ini hingga 31 Mac 2020, ramai pihak yang membuat keputusan untuk menghentikan operasi.

Tindakan itu selaras dengan usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19 yang kini melanda negara.

Arahan tersebut bagaimanapun mencetuskan kekeliruan tatkala rata-rata tidak pernah mengalamai situasi seperti ini sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini telah membantu dalam memperjelaskan beberapa perkara terutamanya membabitkan sektor pembaikan kenderaan.

Menurut kenyataan terbabit, segala perkhidmatan pembaikan kenderaan (motosikal dan kereta) dibenarkan operasi namun perlu dijalankan pada kadar minima.

Kami cuba untuk menghubungi talian hotline Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Nega

ra, Jabatan Perdana Menteri (PMO) di 03-8888 2010 bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun gagal.

Bagaimanapun, kami menjangkakan kadar minima tersebut mungkin merujuk terhadap orang awam hanya dibenarkan untuk meninggalkan kenderaan mereka untuk diperbaiki namun tidak boleh berada di kawasan tersebut.

Penjelasan ini sedikit sebanyak dapat melapangkan dada mereka yang masih beroperasi ketika ini terutamanya yang terlibat dalam sektor perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan – GrabFood dan Foodpanda.

Sementara itu, perkhidmatan towing turut dibenarkan beroperasi bagi membantu orang ramai yang mengalami masalah kenderaan rosak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlaku.

Perintah Kawalan Pergerakan merupakan inisiatif kerajaan Malaysia dalam membendung penularan wabak Covid-19 dan akan berterusan sehingga 31 Mac ini.

Setakat ini, lebih 790 kes dan dua kematian telah pun direkodkan menurut outbreak.my.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply