“Kami Akan Berlumba Pada Januari 2021 Jika Perlu”

Demikian kenyataan dibuat Presiden FIM, Jorge Viegas selepas kalendar perlumbaan MotoGP 2020 terpaksa ditunda susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Aksi pembukaan di Litar Losail, Qatar menyaksikan ketiadaan kelas premier tatkala negara itu mengenakan kuarantin dua minggu bagi pengunjung luar.

Thailand, Amerika Syarikat dan Argentina turut mengikut langkah dengan membatalkan aksi MotoGP dalam usaha membendung penyeraban Covid-19.

Senario ini sekaligus memaksa FIM menunda kalendar MotoGP sehingga Mei dengan Litar Jerez bakal menjadi tuan rumah aksi pembukaan musim 2020.

Bagaimanapun, tatkala krisis koronavirus berterusan, dijangka penangguhan dan perubahan jadual tidak dapat dielakkan.

Ketika ini, aksi MotoGP memerlukan sekurang-kurangnya 13 perlumbaan berlangsung bagi mencapai status kejuaraan dunia dan Viegas berasakan FIM perlu membenarkan sekiranya kalendar 2020 di panjangkan ke tahun 2021.

“Jika perlu, itu yang perlu kami lakukan. Kami mahu memastikan MotoGP mengekalkan status selaku kejuaraan dunia. Jika perlu kami akan panjangkan ke Januari 2021,” jelasnya.

Sementara itu, Viegas berasakan impak koronavirus lebih besar terhadap aspek kesihatan dan ekonomi berbanding sukan permotoran.

Itali antara negara paling terkesan dengan Covid-19 dengan kerajaan telah mengisytiharkan darurat dan penutupan seluruh negara.

Ducati telah mengarahkan penutupan sementara bagi mencari strategi terbaik menangani masalah ini sementara Ferrari dan Lamborghini menutup sepenuhnya kilang mereka sehingga hujung bulan ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]