Ducati Multistrada V4 Jalani Ujian, Bakal Dilancarkan Tahun Ini?

Sekitar bulan Julai tahun lalu, beberapa imej memaparkan sebuah Ducati Multistrada telah menjalani ujian di Itali.

Bagaimanapun, apa yang menarik jentera itu bukanlah Multistrada biasa sebaliknya telah disuntik dengan enjin V4 sepertimana yang terdapat pada Panigale dan Streetfighter V4.

Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali sendiri telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan Ducati Multistrada V4 ketika meraikan ulangtahun ke-16 jentera terbabit , September tahun lalu.

Berdasarkan pengamatan imej ‘spy shots’ yang dikongsikan Morebikes, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan terhadap Multistrada V4 ini antaranya kerangka trellis berwarna merah – tiada pada model 950 dan 1260 – dan swingarm yang lebih pendek.

Pada masa sama, rekaan lampu depan sedikit berbeza dan corong udara juga kini lebih besar.

Menurut Domenicali, versi V4 ini bukanlah menggantikan Multistrada sedia ada sebaliknya akan menjadi pertambahan terhadap barisan sedia ada.

Ducati Multistrada V4 mungkin akan membuat penampilan sulung ketika di EICMA hujung tahun ini atau di acara Ducati sendiri.

(SUMBER: Morebikes)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]