MotoGP: GP Argentina Turut Ditunda, Aksi Pembuka Tirai Dibawa Ke Jerez

 

Kurang 24 jam selepas GP Amerika ditunda ke tarikh baharu, venue yang dicanang sebagai pembuka tirai, GP Argentina kini turut ditunda.

Susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19, Argentina kini sertai Amerika Syarikat, Thailand dan Qatar dalam membatalkan penganjuran MotoGP.

GP Argentina kini dijadualkan akan berlangsung pada 22 November sekaligus memaksa GP Valencia dianjak ke 29 November.

Berikut jadual baharu dikeluarkan MotoGP:

Pada masa sama, aksi pembuka tirai kini dibawa ke Jerez pada 1 hingga 3 Mei sekiranya, tiada sebarang pembatalan dilaksanakan kerajaan itu.

Bagaimanapun, melihat kepada keadaan semasa penularan wabak Covid-19, terdapat kemungkinan bahawa Jerez juga akan mengikut langkah sama seperti venue penganjuran lain.

Berdasarkan peraturan FIM, 13 peringkat perlumbaan perlu dilaksanakan bagi sebarang kejuaraan dunia.

Awal minggu ini, Malaysia turut dicanang untuk menganjurkan dua kali MotoGP musim ini namun perancangan itu kini disekat tatkala kerajaan mengenakan sekatan terhadap pengunjung dari Itali.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]