Bentley Kuala Lumpur Perkenalkan Mulsanne W.O Edition by Mulliner – RM1.8 Juta!

Bentley Motors memperkenalkan Mulsanne edisi terhad sebagai penghormatan terhadap pengasas syarikat tersebut.

Mulsanne Walter Owen (W.O) Edition by Mulliner ini dihasilkan sempena meraikan 100 tahun Bentley pada 2019 dengan hanya 100 unit dihasilkan.

Menariknya, setiap satu daripada unit Mulsanne W.O Edition by Mulliner ini mengandungi sebahagian daripada crankshaft kereta Bentley 8L peribadi milik W.O sendiri yang turut merupakan rekaan terakhirnya untuk Bentley Motors pada 1930.

Pereka Mulliner menghasilkan versi edisi terhad ini dengan berinspirasikan kisah W.O di samping sejarah 100 tahun Bentley.

Selain daripada penggunaan bahan yang unik antaranya empat jenis kayu bagi membentuk kedalaman yang berbeza, aluminium turut digunakan untuk mewujudkan bentuk geometrik yang berlainan.

Jentera edisi terhad ini didatangkan dengan enjin 675 liter V8 yang mampu menjana 505hp dan 752Nm yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi lapan kelajuan automatik.

Bagi yang meminati koleksi kereta edisi terhad, Mulsanne W.O Edition by Mulliner – yang ditawarkan dengan harga RM1.8 Juta – kini boleh ditinjau dengan lebih dekat di Bentley Kuala Lumpur.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply