Bajaj Dominar 250 Dilancarkan Di India – 27HP, 23.5Nm!

Advertisements

Bagi menawarkan pilihan motosikal mampu milik kepada orang ramai, Bajaj Auto akhirnya melancarkan Dominar 250 di India.

Bernadikan enjin KTM Duke 250, Dominar 250 sertai barisan jentera bersesaran 250cc lain antaranya, Yamaha R25, Honda CB250, KTM Duke 250 dan Ninja 250.

Bagaimanapun, sebagai motosikal berkonsepkan ‘touring’, enjin 248cc satu silinder DOHC itu telah ditala untuk menghasilkan 27hp pada 8,500rpm dan 23.5Nm pada 6,500rpm berbanding DUKE 250 yang menjana 29.6hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,500rpm.

Menurut Bajaj, Dominar 250 itu mampu merekodkan kelajuan maksima (top speed) sekitar 132km/j.

Berdasarkan rekaan keseluruhan, Dominar 250 masih lagi mengekalkan ciri yang terdapat pada Dominar D400 kecuali beberapa perubahan ketara antaranya tayar, fork (USD) dan cakera brek yang lebih kecil.

Menariknya, versi 250 ini masih lagi dilengkapi ABS dual-channel.

Bajaj Dominar 250 ditawarkan pada harga Rs 1.60 lakh (sekitar RM9,061) di India.

Sementara itu, Modenas selaku pengedar jenama Bajaj di Malaysia turut mengesahkan akan melancarkan lapan buah model tahun ini – antaranya penjenamaan semula jentera Kawasaki – adakah lapan daripadanya melibatkan Dominar 250?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.