Rata-rata netizen bersetuju agar Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan dua kali MotoGP musim ini.
Cadangan itu dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC),Dato Razlan Razali menerusi undian yang dijalankan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya.
Setakat ini, lebih 768 undian telah pun diterima dengan 95 peratus bersetuju agar Sepang menganjurkan MotoGP dua kali musim ini.
Senario itu tercetus susulan beberapa venue telah membatalkan aksi MotoGP antaranya GP Qatar – meskipun Moto2 dan Moto3 diteruskan – dan GP Thailand ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19.
Tatkala tiket GP Malaysia sentiasa habis dijual saban tahun, penganjuran dua kali MotoGP bukan satu kebimbangan kerana SIC tidak pernah gagal dalam menarik pengunjung.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!