Insiden Tarik Kereta, Perlu Ke Gunakan Kekerasan?

Netizen telah dikejutkan dengan perkongsian video di laman sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penarik kereta telah bergelut dengan pemilik sebuah kereta jenis Toyota Hilux.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik kereta tersebut – seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun – masuk ke dalam kenderaan selepas selesai makan bersama isteri.

Bagaimanapun, dia kemudiannya dihampiri tiga lelaki yang membuka pintu lalu cuba menarik lelaki tersebut keluar.

Senario itu sekaligus mencetuskan pergelutan berdasarkan video dikongsikan laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis.

Salah seorang penarik kereta terbabit kemudian berjaya masuk ke dalam dan menutup pintu dalam percubaan untuk menarik kereta tersebut.

Namun, tindakan itu menyebabkan pemilik tersebut mengalami kecederaan tatkala tangannya tersepit meskipun berulang kali pintu diminta dibuka semula.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, pemilik kenderaan itu berpaut pada kereta itu kerana barangan peribadi masih berada dalam kereta tersebut.

“Dia yang kemudiannya diberi masuk ke dalam kenderaan itu di persimpangan lampu isyarat Taman Sutera Utama, sebelum diturunkan di kawasan Taman Universiti, kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian,” jelasnya.

Difahamkan, salah seorang daripada tiga lelaki terbabit telah membuat laporan polis dan mendakwa mereka dari pusat institusi kewangan.

Sementara itu, menurut info yang boleh didapati daripada Persatuan Pengguna Islam, penarik kereta harus mengikut standard operating procedure (SOP) seperti berikut:

Hakikatnya, insiden tarik kereta sememangnya boleh dielakkan sekiranya pemilik melunaskan hutang mengikut waktu ditetapkan bagaimanapun, adakah wajar bagi penarik kereta melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas?

Kongsikan pendapat anda.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply