BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW F 900 R dan F 900 XR, motosikal segmen roadster dan sport touring bagi pasaran tempatan.
Membuat penampilan sulung ketika di EICMA 2019 dan diberi jolokan The Twin, kedua-dua jentera bernadikan enjin 900cc ini menawarkan dua pengalaman tunggangan berbeza namun selesa.
BMW F 900 R merupakan jentera dengan pengayaan Sport yang menawarkan tunggangan lebih sporty.
Bagaimanapun, bagi peminat sport touring, F 900 XR merupakan jentera idaman bagi penunggang yang gemarkan tunggangan jarak jauh.
Bagi memastikan keselesaan, F 900 XR dilengkapi dengan penghadang angin yang tinggi sekaligus menonjolkan lagi rupa motosikal pengembaraan.
F 900 R didatangkan dengan tangki 13 liter sementara F 900 XR mampu pergi lebih jauh dengan tangki 15.5 liter.
Kerangka belakang kedua-dua jentera turut dikemaskini dengan penggunaan bahan keluli sekaligus tampak lebih tirus dan kompak.
BMW F 900 R dan F 900 XR dilengkapi enjin 900cc yang menjana 105hp pada 8,750rpm dan 92Nm pada 6,500rpm namun menariknya, kedua-duanya menghasilan tork tinggi sekitar 87Nm pada rpm rendah – sekitar 4,500 hingga 8,500rpm.
Antara ciri lain ditawarkan:
- dua mod tunggangan – Rain dan Road
- Automatic Stability Control (ASC)
- Dynamic Traction Control (DTC)
- ABS-Pro
- Dynamic Brake Control (DBC)
- Drag Torque Control (MSR)
Sistem infotainmen turut dipertingkat dengan paparan 6.5′ berwarna TFT yang boleh dilaras menerusi kawalan BMW Motorrad Multi-Controller.
BMW F 900 R dan F 900 XR boleh didapati di semua pengedar BMW Motorrad Malaysia bermula 29 Februari ini.
Berikut senarai harga:
BMW F 900 R: RM62,500
BMW F 900 XR: RM69,500
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!