Perkenalkan, KTM X-Bow GTX – 2.5L TFSI, 600hp!

Rakyat Malaysia cukup sinonim dengan KTM, tatkala beberapa tahun lalu, jalan raya awam dipenuhi dengan KTM Duke 200, 250 dan RC 200 hingga ke 390.

Meskipun ketika ini jenama itu agak suram di Malaysia namun di pelusuk dunia lain, KTM terus gah.

Bagi yang mengikuti perkembangan KTM, hampir sedekad lalu, pengeluar motosikal Austira itu memasuki pasaran empat roda menerusi KTM X-Bow (disebut Cross-Bow) hasil kerjasama dengan Kiska Design, Audi, Reiter Engineering GmbH dan Dallara.

Difahamkan, KTM telah menghasilkan 1,300 kereta dalam tempoh 12 tahun.

Tetapi kereta yang dihasilkan bukanlah untuk kegunaan harian seperti Honda, Toyota dan Mazda sebaliknya, berkonsepkan ‘supercar’.

Kini KTM bakal kembali ke pasaran empat roda menerusi X-Bow GTX, dan seperti model X-Bow, jentera ini hanya boleh digunakan di litar dan bukan di jalan raya awam.

Jika X-Bow menghasilkan 354hp menerusi enjin 2.0L dari Audi, X-Bow GTX ini menjana 600hp – menerusi enjin 2.5L, lima silider TFSI.

Menariknya, selepas kejayaan X-Bow, KTM meneruskan kerjasamaa dengan syarikat sama bagi penghasilan X-Bow GTX.

Ketika ini tiada harga rasmi didedahkan namun jika X-Bow dijual pada harga USD181,000, kami jangkakan X-Bow GTX jauh lebih tinggi.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]