Rali Dakar 2020: PETRONAS Team De Roy IVECO Muncul Antara 10 Pasukan Terbaik!

PETRONAS Team De Roy IVECO mempamerkan aksi mantap untuk muncul tempat keenam keseluruhan dalam Rali Dakar Raid 2020 kategori trak.

Pelumba, Janus van Kasteren menamatkan aksi 12 peringkat itu dengan catatan masa 51 jam 00.33 minit, empat jam dipisahkan dengan juara keseluruhan, Andrey Karginov dari Kamaz-Masters.

Sementara itu, rakan sepasukan Albert Llover – yang juga bekas atlet ski Olimpik – yang lumpuh sebahagian daripada badannya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

Perlumbaan tahun ini dianggap antara yang paling mencabar susulan pelbagai faktor antaranya kehadiran jentera yang lebih berkuasa di samping skil pemanduan yang telah pun dipertingkat.

Rali Dakar 2020 merangkumi 75 peratus perlumbaan di atas padang pasir sepanjang 7,500km ternyata membawa dugaan yang pelbagai jadi tidak hairanlah mengapa setiap penganjuran hanya sekitar 70 peratus pelumba yang berjaya sampai ke garisan penamat.

Bagaimanapun, kejayaan pasukan PETRONAS membuktikan penggunaan teknologi minyak PETRONAS Urania dan Tutela memastikan enjin kekal efisien dalam keadaan yang sangat teruk dan mencabar.

Difahamkan, pasukan PETRONAS De Rooy IVECO mensasarkan kedudukan yang lebih tinggi dalam edisi ke-43, tahun depan.

Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]