Vios Challenge: Hayden Enggan Ambil Risiko, Fokus Aksi Pusingan Kedua

Hayden Haikal terus mendahului kejuaraan Vios Challenge kategori Sporting selepas berjaya mengetepikan saingan dari Kenneth Koh dan Adam Khalid.

Pelumba berusia 16 tahun – yang mewakili S&D Motorsports – itu mempamerkan pemanduan mantap untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 28 minit 35.455 saat.

Tempat kedua jadi milik Kenneth (Panglima City Racing Team) dengan 28’40.334s diikuti Adam (Crestmax Motorsports), 28’41.163s.

Meskipun hujung turun dihujung perlumbaan namun Hayden akui tidak terlalu memberi kesan terhadap prestasi keseluruhannya.

“Hujan turun di hujung perlumbaan jadi tidak terlalu memberi kesan tetapi ini adalah satu perlumbaan segala boleh berlaku.

“Sasaran saya adalah untuk mengutip mata dan tidak akan mengambil risiko termasuk perlumbaan esok,” katanya.

Sementara itu, Kenneth meluahkan rasa berpuas hati dengan prestasi jentera hari ini.

“Saya gembira dengan tetapan kereta kami tetapi disebabkan kami terlibat dengan kemalangan yang agak teruk sebelum perlumbaan ini jadi kami cuba mencari resepi terbaik kali ini,” jelasnya.

Perlumbaan pusingan dua bersambung esok di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply