Beberapa bulan sejak Triumph Malaysia melancarkan Street Triple RS di Litar Antarabangsa Sepang, November lalu, kini tiba masa untuk Street Triple R membuat penampilan.
Triumph Street Triple R 2020 kini diperkenalkan dengan beberapa kemas kini terbaru terutamanya bahagian enjin dan gaya rekaan.
Selain daripada perubahan estetik, Street Triple kini didatangkan dengan enjin 765cc patuh Euro5 namun masih lagi menawarkan kuasa sama, 118hp pada 12,000rpm dan 77Nm pada 9,400rpm.
Chasis Street Triple sememangnya antara ciri utama yang paling mencuri tumpuan selain daripada tunggangan yang selesa dan penuh kawalan.
Bagi model 2020, Triumph mempertingkatkan lagi pengalaman tunggangan dengan kombinasi kaliper Brembo M4 Monoblock, fork Showa Big Piston dan penyerap hentakan belakang Showa.
Bukan itu sahaja, jentera baharu ini turut didatangkan – secara standard – dengan Triumph Shift Assist up and down quickhshifter.
Antara ciri baharu yang terdapat pada Street Triple R 2020:
- ABS dan Traction Control
- Lampu LED berkembar
- Gaya sporty dan kontemporari
- Warna dan grafik baharu
- Slip on silencer Arrow
Menariknya, Triumph turut menawarkan pilihan Low Ride Height (LRH), tetapan tempat duduk serendah 780mm daripada tetapan standard, 825mm sebelum ini.