5 Ciri Baru Ditawarkan Proton X70 2020 – Harga Dari RM94,800!

PROTON melancarkan X70  2020 versi CKD di Proton Centre Of Excellence, hari ini.

Proton X70 merupakan SUV terlaris di Malaysia sejak dilancarkan lebih setahun lalu dengan lebih 29,000 unit dijual pada 2019.

Berdasarkan Geely Boyue, Proton X70 merupakana SUV segmen B yang menawarkan enam tempat duduk dengan enjin 1.8L TDI.

Bagaimanapun, bagi versi CKD – yang lahir di kilang Proton di Tanjung Malim – terdapat lima ciri baharu yang ditawarkan bagi pelanggan berpotensi.

1. Logo baharu

Selain didatangkan dengan pilihan warna baharu, Proton X70 CKD dilengkapi dengna logo PROTON serba baharu dengan rekaan perisai bulat berbanding versi CBU.

2. Transmisi baharu

Proton X70 CKD kini dilengkapi dengan transmisi DCT 7-kelajuan dan menawarkan 15Nm lebih daripada berbanding model CBU.

Kotak gear serba baharu ini merangkumi dual wet clutch

3. Tiada Lagi Varian AWD

Bagi versi CKD, tiada lagi pilihan AWD ditawarkan sebaliknya hanya 2WD ditawarkan bagi varian Standard, Executive, Premium dan Premium X (panoramic sunroof).

4. Enjin Sama Tapi Dikemaskini

Proton X70 versi CKD kali ini masih lagi menggunakan enjin 1.8L TDI yang menawarkan 181hp pada 5,500rpm namun dengan tork yang lebih tinggi, 300Nm.

5. Power Tailgate dan Front Ventilated Seat

Varian Executive ke atas kini didatangkan dengan fungsi power tailgate namun varian Premium dan Premium X terdapat ciri foot sensor bagi memudahkan pembukaan bonet belakang.

Front ventilated seat pula berfungsi dalam memastikan tempat duduk lebih sejuk dan selesa sesuai untuk pemanduan dalam cuaca panas di Malaysia.

Secara keseluruhan, varian Premium menawarkan segala ciri yang terdapat pada versi CBU sebelum ini antaranya Advanced Driver Assistance System, rim 19′, dan kulit nappa (Premium dan Premium X).

Berikut senarai harga bagi Proton X70 CKD mengikut varian:

  • Standard 2WD – RM94,800
  • Executive 2WD – RM106,800
  • Premium 2WD –  RM119,800
  • Premium X 2WD – RM122,800
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply