Jentera yang pernah ditunggangi pelumba negara, Hafizh Syahrin ketika di Moto2 kini dijual pada harga RM120,000.
Ini bukan model replika tetapi jentera 600cc yang diguna pakai Hafizh sendiri ketika bersama Petronas Raceline Malaysia.
Kombinasi kerangka Kalex dan enjin Honda CBR600RR ini merupakan antara faktor yang mencipta nama Hafizh di pentas dunia.
Menurut perkongsian di Facebook, jentera ini didatangkan dengan rim lightweight, fairing gentian karbon dan pelbagai lagi ciri lain yang dibina khas untuk perlumbaan di litar lumba.
Bagaimanapun, terdapat beberapa komponen yang telah ditukarkan dengan alat ganti yang lebih ‘mampu milik’.
Bukan itu sahaja, pembeli juga akan diberikan sebuah treler bagi memudahkan pergerakan.
Bagi yang mencari kelainan di litar lumba dan ingin tampak ‘rare’ ketika ‘Track Day’, mungkin ini jentera yang dicari.