BMW Malaysia Gesa Sokongan Program Subsidi Kerusi Kanak-Kanak

BMW Malaysia menggesa lebih ramai pihak untuk kedepan bagi memberi sokongan terhadap Program Subsidi Kerusi Kanak-Kanak bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation.

Sejak dilancarkan, lebih 25,000 ibu bapa telah mendaftarkan diri bagi fasa pertama pemberian subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, mahu semua pihak bersatu agar perlaksanaan pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak terbabit berjalan lancar.

“Terdapat keperluan yang mustahak untuk kita bersatu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Sambutan menggalakkan yang diterima bagi fasa pertama program subsidi berkenaan jelas menunjukkan bahawa ibu bapa kini lebih cakna mengenai keperluan kerusi kereta kanak-kanak dan lekas mengamalkan penggunaannya jika diberikan peluang yang bersesuaian.

“Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai program subsidi berkenaan untuk mendahulukan keselamatan kanak-kanak di dalam kereta sebagai sebuah keutamaan untuk semua,” jelasnya.

Sementara itu, syarikat yang berminat untuk sertai program ini boleh menghantar maklumat organisasi dan jumlah subsidi ditawarkan sebelum 13 Februari 2020.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.