Tiada Lagi Penolakan RM200 Di Stesen Minyak Petron!

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengumumkan kerjasama dengan Petron untuk menerima bayaran menggunakan kad ATM di semua pam minyak layan diri Petron.

Kerjasama ini sekaligus membenarkan pelanggan untuk menggunakan kad debit masing-masing tanpa perlu dikenakan caj awal RM200 sebelum dipulangkan semula ke akaun pemilik tiga hari kemudian.

Penolakan RM200 memberi beban yang agak besar terutamanya bagi penunggang motosikal yang hanya mengisi bawah RM10 bagi motosikal jenis kapcai.

Pelancaran ‘Fuel-Yoooh MyDebit Je dengan Kad ATM’ baru-baru ini di Bandar Baru Kulim dirasmikan sendiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paynet, Peter Schiesser, menyifatkan pihaknya sentiasa mengutamakan keperluan rakyat.

“Dengan lebih 42 juta kad ATM digunakan, ini bermakna semua rakyat Malaysia memiliki kad ATM yang boleh mereka gunakan di stesen minyak.

“MyDebit merupakan satu-satunya sistem kad di Malaysia yang tidak mengenakan caj awal RM200 di pam minyak. Menerusi MyDebit hanya jumlah yang dipilih pelanggan akan dicaj dan sekiranya minyak diisi kurang daripada nilai yang dipilih, baki yang tidak digunakan serta merta disalurkan semula ke akaun pelanggan,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply